Thanx To Those Who Hated me , Thanx To Those Who Loved me , Thanx To Those who Cared , Thanx To Those who left , Thanx To Those who stayed , Thanx To Those who Listened !!!

Tuesday, December 20, 2011

.......


If you see me walking with someone else,
It's not because i want to..
It's because you weren't brave enough to walk by me.
If you see me smile,
It's not because i forgot you...
It's because i got tired of crying for you.
If you see me living again,
It's not because i've moved on...
It's because i hate the fact you can live without me
So if I fall in love with someone else,
It's not because i want to...
It's because you weren't there to catch me

Tuesday, November 29, 2011

mr.Twilight!!!

hello mr.Twilight! semoga awak sehat selalu okeyh! hee~=)
and jgn lupa senyum selalu jugakk untk saya~=p.. sbb saya suka tgk awak senyum tu!
*merepek kejap!
hey,banyak mende yg bwat saya tertarik dgn awak ni! =)
mmg tak pernah berubah.. i wish i have u and i wish u we here every time with me..
wow! seronok kan cmtu?
*time bercinta mmg sume indah~
tapi sume tu tak penting.. yang penting semoga awak hepy selalu ye !
naaa. . . ni lagu tangkap sedey bila saya ingat kat awak even awak ta berapa na dega lagu eng tp saya bg jugakk la bg awak dega! 


aplikasi dr novel~

okeyh, 1aribln ni cte ombak rindu.. tade partner mau pigi tgk la!! erm.. na tgk twiligt jugakkk! alahai,tade masa tade membe na ajak! okeyhbai~

*hampa!=(

Thursday, November 17, 2011

40 sebab llk ta layak jadi SUAMI~


1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.
2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.
3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.
4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri “benih” sahaja.
5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.
6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.
7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.
9. Suami tetap ‘mahu’ walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.
10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.
11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.
12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan “maknyah”.
13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya… Rupa2nya dahulu dia “maknyah” dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.
14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.
15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.
16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk “contoh” lain.
17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh..
18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah… walaupun saya sedang sarat mengandung..
19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.
20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.
21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.
22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata ‘takde duit’. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana ‘lemaknya’.
23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.
24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi ‘bersangkak’ .
25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.
26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.
27. 3-4 bulan suami ‘hilang’ itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena ‘serkup’ waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.
28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.
29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.
30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.
31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.
32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.
33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?
34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi “jaga”.. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.
35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat “gigitan cinta” perempuan lain di badannya.
36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.
37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda… sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.
38. Walaupun sudah lama masuk Islam… mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.
39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata…
40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu ‘isteri’ sekarang ‘pengurus anak-anak’. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap perkara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang ‘terhegeh-hegeh’ . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.

Wednesday, November 2, 2011

seronok!

gembira! terima kasih kepada yg terlibat~
terima kasih kpd yg sentiasa mmberi sokongan!
=)

Sunday, September 25, 2011

Tiada Jodoh mungkin~


I WISH I COULD FORGET YOU , like i forget everything i've studied seconds  before my exam!! ='(
mungkin kesilapan yg lalu tu ta dpt na mengubat apa-apa untuk akan datang. seperti apa yg dilakukan sangat sia-sia ! saya arap saya dapat patah balik masa untuk ubah semuanya. saya tawu sumenya telah terlambat . saya dah ta dapat na ubah pape lagi untuk sume yg dah berlaku. menyesal kemudian mmg ta berguna lagi dah.
saya da tak rasa lagi pape dlm diri awak. mungkin tiada langsung kasih sayang tu. kalau setakat sebgai seorg kwn ,simpan aje la. taperlu semua tu . i have to move on!!
saya harap awak bertemu dgn org yg lebih baek dr saya sbb saya tawu saya ta layak ='(
jaga diri awak bebaek~=)
gud luck for ur life!
May God Bless U
216 just in a memories! ='((
#loveyouever!!



Sunday, September 18, 2011

Dream pumps!

okeyh, nak yg ni!!! my dreamy pump!! cari banyak kedai tade pun mcm ni. cool kan? and the colour just so nice! nakkkk! =/ sape baekk hati , saya nak ni la! huu~

okeyh , aku dah gila kat 2 mende alah ni . yg ni sangat cool! nakkk jugakkk okeyh ! nakk sangat ! =/
leopard print mmg so cool. haha! ilove evrything bout red and leopard. nak , nak , nak!!!!
=(


Friday, September 16, 2011

Wednesday, September 14, 2011

CINTA~


Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo’akannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. INGAT CERITA “LOVE IS CINTA!”
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk mengetahui baahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.
Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam percintaan ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.
Cinta adalah keabadian … dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. Tetapi jika ianya pahit, lupakanlah segera!!
Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.
Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya.
Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Tuesday, September 13, 2011

Hidup~

Malas nak tulis bebyk , kali ni na letak pic saja .setiap gambar menunjukkan setiap pengalaman dan kenangan kan =) 

                                      
 okeyh , masa ni sempat jd CSE jap . haa,masa ni ngah mentor cmne na jwb kol . cool la~


beselah kalau tak memaen masa keje mmg tak sah . masa ni 2 kali coaching dah sbb mkn and maen nset ! haha . tp mentor sempoi . tade kena pape sbb mentor sama kepala! =p



haha ! minah kepoh ni haa. aku rapat ngan die sampai skrg ! =)
belum tahu nama tp bebual mcm 10 tahun kenal ( masa 1st jumpa kat level 11 MC)..
cuci mata sesama ! itu penting =p haha . 

masa ini depan sogo , kiteorg de wat klas kat semua house masid jamek ! tiap kali abes keje ta pena terus balik pun. yela , nak elak jem kann . ada je la keje . minum2 depan sogo takpun g karaoke ! =)
ja ngan ckin !  


haaa, masa ni pun pergi i-city pas balik keje ! ni last kuar ngan korg ber3 kann! okeyh, rindu na kua mcmni~

kwn keje sengal ! haha! budak kuat tacing . no offense!!! =p
thanx tuk kau , ja, ckin banyak tolong aku ! =)
#rindumasadlmkelas!
rindu nak duk seblah kau mengumpat ! hahah!pastu kepoh-kepoh tgk aku check number sape ! mcm pompuan! ;D
haa , dah aku tade mesti kau selalu maen-maen mata ngan angelina joli tu kannn! hahaha !
#chill



Monday, September 12, 2011

Pesanan Ringkas !


eh , mana kau hilang haa? lama kau ta cntct aku kan ? aku kol ta jwb , msg ta rep ?apa kes yop ? sume update kau , aku dpt tawu dr ckin je ni . ke kau check number aku then de number tertentu ? erm . faham sgt dah perangai kau sampaila nnt kau kol sembur sumenya ! =_= 
untungla still kat celcom bley check pcare , ccms and sume detail tu ! haiya~
rindu aku nak check number-number org ! k, fine mmg suka sakitkan hati sendiri =)




pape pun , aku harap kau sehat sbb last haritu kau ckp kau ta sehat kann? Jaga diri leklok la eh ! pape just text me or give me a call ! =)

#akurindunakskpe3Gngankauokeyh!!!
#uowedmeapicture!!
*take note! tata~
=)


SELSEMA teruk !!


hari ni dr pg bersin jeee . aku pk pg je la , sekali sampai ke mlm. aku ta tawu la mana silapnya sampai cmni terukkk ! =.= terseksa la bila kena flu ni. adoi! hidung ni pun senctip sangat la plak. manjanya la~
plz go awayyy , i don't need u -.-'


Dah Abes bab cintan , eeyeewwww~


okeyh dah . habis bab cintan . mengarut-ngarut plak aku tgk post aku yg lelpas. haha! besela tulis dlm beremosi mmg macam tu la kan . okeyh , abaikan je post yg bebwh. jgn baca kalau menyampah ! ;D
byk menda lg dah aku na pk dah , okeyh dah mls na pk psal hubungan ni . buang masa dah kalau aku pk-pk balik . okeyh watpe na stay lg if org ta suka kan =)
the point is im gonna be a gud girl after this ! its okeyh for me sbb ramai kawan yg stay wif me! Thanx to u ! =)
haaa , raya tahun ni paling best ! yeayyy ! sebab tahun ni aku sempat beraya ngan membe skola aku yg 5 tahun ta berjumpa. okeyh , masing-masing dah cantek ! cool sama mcm dulu . dan yg TIDAK PERNAH BERUBAH korg mmg happening dr dulu sampai sekarang !  haha ! setiap rumah korg wat kecoh kannn! havoc katanya ! yeksss! =p


tak lupa jugak selamat bertunang tuk shima . dalam diam eh kau ,. diam-diam bertunang je dah ! tahniah!

Fact !!


When u get attracted to someone , you realize "WHAT IS LOVE" but when that someone don't
 

LOVE and start AVOIDING you than you realize "WHAI IS LIFE"

#thisisfactcoziminthissituationTQ



Sunday, September 11, 2011

Pilihan~

Mana nak cari llk yg betul-betul ikhlas syg kita? nak cari yg memang ta geti melyn pmpn len. okeyh, as fren tape la sbb aku pun de rapat ngan llk as fren je. tade lbey2 tade mengada-ngada ngan die okeyh. sbbnya sekeliling aku ni bila rapat ngan llk dieorg len mcm cket even dah de bf/gf . ini aku amek dr pengalaman okeyh . fakta ! depan baek , blkg wat hal . erm. mana? mana? tade la~ belum wujud lg? bila dah jumpa . dah syg then dpt tawu plak ber'baby2' dgn org len mmg cam haramm la kan . okeyh , pena kena! kjap je kau pjuk aku tp sume okeyh. aku bkn na ungkit tp apa yg kau buat kat aku skrg mmg best sgt ! aku sayang la jgak kau even gaduh besa. aku maafkan kau. tp aku ta tawu la kau maafkan aku ke tidakkk. okeyh . nw mmg aku tade hak na halang sape yg kau ske sbb memang aku ni mana penting lagi bg kau . aku tade hal dah skrg . kau pk kau je ati kering ? #malaspknntsakithati. dem!!!

LAGI NI !


kalau sudah tidak sayang..lebih baik terus terang saje..mungkin saket..tapi..itu lebih baik dari hidup terus berpura menyayangi dia..lagi teruk bila harapan dia semakin mnggunung....

bertindak sebelum terlambat..jujur pada pasangan anda,atau ssiapa yg menyukai anda..dan yang paling penting, sila jujur pada diri sendiri..jangan menipuu...terus menipuu..menipuu je kejenye~:D

LUAHAN~


FED UP AKU NGAN LLK NI..
JANGAN LA BAGI HARAPAN KALAU TAKNAK..
TERUS-TERANG AJELA!!
BUKAN PAYAH PUN!
KAU MENANG LA SBB AKU 'BAHAGIA' NGAN PERBUATAN KAU =='
SIA-SIA JE TUNGGU KALAU NI KAU BALAS BALIK !
TERIMA KASIH~
MUNGKIN BKN JODOH , SELAMATLAH BERBAHAGIA!
=)




Thursday, September 8, 2011

sejuta alasan cinta..


Saturday, August 20, 2011

30 Fakta Menarik Mengenai Wanita


1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.

16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.

19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

22.Satu ucapan 'Hai' saja sudah cukup menceriakan harinya.

23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

25.Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.

27.Senjata wanita adalah airmata!!

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

                                                                                                   

Thursday, August 18, 2011

Lupakan Orang yg tak sudi =(


Memanglah sukar untuk melupakan seseorang yang kita cintai sepenuh hati. Tiada seorang pun manusia yang akan dapat semua yang diingini di dalam hidupnya.

Walaupun pedih, tetapi kita sebagai manusia biasa terpaksa menerima dengan hati yang reda. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Cuma cara kita diuji dan menanganinya sahaja yang berbeza.

Jika orang dah tak sudi, jauhkanlah diri daripadanya. Janganlah menyeksa diri sendiri kerana bila kita semakin dekat dengan orang yang kita cintai, kita akan semakin menderita. Anggaplah apa yang terjadi sebagai satu pengajaran.

Mungkin dulu kita pernah menyakiti hati orang lain.Sedarlah apa yang pernah kita lakukan pada orang lain walaupun bukan orang yang sama membalasnya pada kita, tetapi balasan daripada Tuhan tetap ada dalam pelbagai cara. Mungkin dengan cara ini sahaja dapat menginsafkan kita supaya tidak mempermainkan perasaan orang lain pada masa depan.

Kadang-kadang kita rasa, inilah cinta kita yang sejati. Tetapi kita hanya sedar selepas kehilangan orang yang kita cintai. 

Oleh kerana ego terlalu tinggi kadang-kadang susah untuk kita menerima hakikat bahawa kita sudah tidak dicintai lagi. Merasakan kita masih dicintai kadang-kadang hanyalah andaian serta mainan perasaan untuk menyedapkan hati sendiri.

Semua yang berlaku adalah ujian Tuhan. Jangan ikutkan perasaan kecewa, walaupun tiada jodoh, berdoalah semoga dia hidup bahagia walau dengan siapapun dia bersama. Itu pun salah satu cara menunjukkan rasa cinta kita kepada seseorang. 

Kita tidak mampu untuk menolak takdir yang telah ditentukannya. Berserahlah pada Yang Maha Esa, itulah yang sebaik-baiknya